USAHAWAN sensasi Datuk Seri Vida menyifatkan anak kepada Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan sebagai seorang remaja yang matang dan bertanggungjawab, terutamanya dalam menjalankan peranan sebagai abang kepada adik-adiknya. Menurut Vida atau Hasmiza Othman, 54, sikap Ammar yang menjaga solat turut menarik perhatiannya sebagai seorang yang berdisiplin dan berpegang pada nilai agama.
“Ammar ini saya nampak dia seorang abang yang sangat bertanggungjawab. Pernah masa dia datang ke rumah saya dan ketika itu dia sedang makan, tapi sebaik sahaja dengar azan dia terus berhenti. Dia pergi solat dulu, kemudian baru sambung makan. Saya perhatikan dia memang jaga waktu solat,” katanya. Dalam masa sama, Vida turut menyedari terdapat warganet yang cuba menjodohkan anak perempuannya, Cik B, dengan Ammar.
Namun, Vida menegaskan soal jodoh bukan sesuatu yang boleh dipaksa dan dia lebih selesa membiarkan anak-anak menentukan sendiri perjalanan hidup mereka. “Netizen cuba jodohkan Cik B dengan Ammar, tapi saya rasa biarlah mereka sendiri tentukan haluan masing-masing. Buat masa sekarang, Cik B memang belum terbuka hati nak suka sesiapa pun. Tapi memang ramai lelaki yang rapat dengannya.
Cuma dia memang jenis yang susah nak suka orang. Apapun yang dia suka, saya akan sokong,” jelasnya. Bercerita lanjut, Vida menegaskan dia tidak berminat menggunakan hubungan antara Cik B dan Ammar sebagai bahan publisiti atau strategi pemasaran demi meraih perhatian. “Saya tak mahu gunakan hubungan mereka ini untuk tarik publisiti. Sebab itu kalau perasan, saya lebih banyak berdiam diri.
Kalau Ammar datang rumah, saya anggap itu perkara biasa saja. Tak ada apa-apa yang perlu digembar-gemburkan,” katanya. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.