Pasangan usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida meluahkan rasa terkejut apabila dua beg tangan samma edisi denim yang bersalut Swarovski berharga RM45,000 dan RM50,000 telah berjaya dijual. Menerusi potongan klip daripada siaran langsung di TikTok, Shahida berkata beg Samma edisi denim bersalut Swarovski itu sememangnya mahal kerana ia merupakan satu-satunya yang wujud di dunia. Shahida menyatakan wajar harga beg tersebut mahal kerana mereka menggunakan kristal asli daripada Swarovski. Klik sini untuk lihat video.

Tidak lama kemudian, pasangan itu menerima perkhabaran gembira apabila beg tangan itu berjaya dijual semasa sesi siaran langsung itu. Pasangan suami isteri itu juga memberitahu mereka sendiri akan menyerahkan sijil dan beg tersebut kepada pembeli. “Ada orang beli dua-dua bag ini? Betul ke? Kami akan beri sijil dan akan hubungi individu tersebut. Kami juga akan hantar sendiri beg ini.”
Dalam kesempatan itu, Aliff dan Shahida mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai kerana berterusan memberi sokongan terhadap mereka. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.