Pelakon dan penyanyi terkenal, Fazura meluahkan rasa trauma terhadap individu yang bersikap bermuka-muka. Menerusi klip sesi siaran langsung yang dikongsikan semula oleh pengguna TikTok, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 42, mengakui pengalaman berdepan dengan individu seperti itu membuatkannya lebih berhati-hati dalam memilih rakan sekerja. Klik sini untuk lihat video.

“Saya dah trauma dengan manusia yang luarannya nampak pijak semut tak mati (lembut) tapi sebenarnya…” Fazura turut menegaskan bahawa dia kini hanya mahu bekerjasama dengan individu yang benar-benar baik luaran dan dalama bukan sekadar berpura-pura. Saya nak bekerja dengan orang yang baik, luar dan dalam baik. Bukan luarannya je baik tapi hati sangat jahat.” Dalam pada itu, Fazura turut menyebut beberapa nama kenalannya yang disifatkan baik dan membuatkan dia berasa selesa untuk bekerjasama.
Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.