Tular baru baru ni kereta Shuib hilang, rupanya ditunda MBSA sebab parkir di tempat yang tidak dibenarkan

Advertisements
Advertisements

PELAWAK dan usahawan Shuib mengesahkan kereta jenis Toyota CHR berwarna kuning miliknya yang dilaporkan hilang pada Isnin lalu ditunda oleh penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Shuib atau Shahmira Muhamad, 41, berkata, kejadian itu berpunca daripada kesilapannya semasa meletakkan kenderaan itu sebelum menguruskan hal di mahkamah. “Kereta itu ‘misplace’ (salah letak) sahaja sebenarnya, saya tak mahu panjangkan cerita.

Sekarang sudah dijumpai. Di seksyen berapa saya tak ingat, tapi ini hanya salah letak sahaja. Kereta okay dan sudah dapat. Mamat yang beritahu saya kereta itu berada di MBSA,” katanya. Shuib berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media program terbaharu terbitan Astro iaitu Talk To My Manager di Kuala Lumpur pada Rabu. Menurut Shuib dia kagum dengan sikap prihatin orang ramai selepas memaklumkan kehilangan kereta miliknya.

Meskipun ia mencetuskan pelbagai spekulasi, Shuib mengakui dirinya tidak dapat lari daripada kritikan warganet. “Ramai yang nak tolong carikan sebab rakyat Malaysia memang prihatin. Bagi yang kecam dan beri pelbagai andaian itu saya mampu hadap sahaja. Itu kereta untuk hantar anak ke sekolah,” katanya lagi.

Sebelum ini, Shuib memaklumkan kereta Toyota CHR warna kuning miliknya dilaporkan hilang sewaktu dia sedang menyelesaikan urusan di Mahkamah Shah Alam. Dakwa Shuib, dia tidak pasti sama ada kereta tersebut dicuri atau ditarik oleh penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.