Ramai yang mula tahu lagu ni, Misha Omar luah rasa terharu bila Ammar Ahyan nyanyikan lagu dia

Advertisements
Advertisements

Video nyanyian anak kepada usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan turut menyorot perhatian penyanyi asal single tersebut, Misha Omar. Menerusi perkongsian di Threads, Misha memuat naik video dengan ucapan terima kasih kepada remaja berusia 17 tahun itu kerana mendendangkan lagu berjudul ‘Break’ tersebut dalam sebuah majlis baru-baru ini. “Terima kasih Ammar Ahyan yang manis, Datuk Aliff Syukri dan seisi keluarga.

Terima kasih juga kepada peminat-peminat Ammar yang secara tidak sengaja ingin tahu dan dengar lagu terbaharu ini. Semoga lagunya terkesan di hati.” Menurut Misha atau nama sebenarnya Samihah @ Asiah Omar, dia berasa terharu kerana Ammar menjadi sebab lagu tersebut mula diketahui ramai. “Disebabkan dia suka menyanyi lagu Aunty Mitch (panggilan mesra), ramai yang mula menyedari tentang lagu ini.

Dalam masa yang sama Ammar juga mengajak pengikut-pengikutnya berkenalan dengan muzik saya.” Untuk info, lagu Break adalah ciptaan komposer terkenal Indonesia iaitu Melly Goeslow dan juga merupakan runut bunyi bagi drama berjudul Mandul Bukan Pilihan. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.