PENYANYI dan pelakon Bella Astillah sekali lagi menjadi tumpuan selepas dilihat memanggil ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman dengan panggilan mama. Dalam sebuah acara yang berlangsung pada Sabtu, Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, bukan sahaja menghiburkan penonton, malah turut mencipta momen manis apabila menari bersama ibu Syed Saddiq, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz di atas pentas.
Menyampaikan lagu berjudul Gelora Jiwa nyanyian Yuna, reaksi Bella memanggil ibu Syed Saddiq sebagai mama mengundang keterujaan peminat. “Mama dah cantik dah ni, terima kasih mama,” katanya. Momen Bella bersama ibu Syed Saddiq itu terus menguatkan lagi desas-desus hubungan dengan mereka walaupun masih tiada kenyataan rasmi dikeluarkan daripada mana-mana pihak. “Wedding of the year, kita tunggu tahun depan (2026) la guys, tahun ini ramai dah kahwin.
“Mentua (Sharifah Mahani) dan menantu (Bella) sama cantik. “Sangat penyayang dan insya-Allah jadi bakal mentua yang ‘sporting’,” tulis warganet. Untuk rekod, Bella pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Aliff Aziz pada 9 September 2016, namun berpisah buat kali kedua pada 13 Jun 2023. Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden, lapan, dan Ara yang kini berusia empat tahun.
Bella kemudiannya berkawan rapat dengan Syed Saddiq selepas mereka sama-sama mendaki Gunung Kinabalu di Sabah pada Januari lalu. Pada Mac, Syed Saddiq membuat kejutan pada hari jadi Bella yang menguatkan lagi spekulasi hubungan mereka berdua. Kelibat Bella juga turut dilihat di mahkamah bagi mengikuti keputusan rayuan membabitkan Syed Saddiq beberapa hari kemudian.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.