Individu tawar diri untuk jadi madu, tak boleh berdiam ini pula respon dari Anzalna Nasir

Advertisements
Advertisements

Pelakon cantik, Anzalna Nasir menempelak seorang individu yang cuba menawarkan diri untuk menjadi madunya ketika sesi siaran langsung di TikTok. Menerusi hantaran semula di TikTok, Anzalna atau nama lengkapnya Nur Anzalna Md. Nasir, 37 memberitahu individu itu meluahkan hasrat mahu bertukar resepi sekiranya menjadi madu dan menegaskan di dalam agama menikah lebih daripada satu juga turut dibenarkan. Klik sini untuk lihat video.

“Dia kata dalam Islam lelaki boleh kahwin empat dan bila jadi madu, kita boleh kongsi resipi. Macam resipi kau sedap. Apa masalah dia, nak jadi madu saya semata-mata nak kongsi resipi? Tak payahlah saya tujuh hari masak untuk suami. Banyak sangat resepi tak perlu dah orang sampai nak kongsi resepi. Yang awak nak sangat suami saya kenapa,” kata Anzalna, baru-baru ini.

Pelakon drama Memori Cinta Suraya itu turut berkongsi soal tanggungjawab isteri dalam menjaga keperluan suami malah tidak menafikan dia banyak mengubah penampilan suaminya, Hanif Zaki sehingga tampil lebih segak dan bergaya. “Susahlah, kalau kita terlebih jaga suami, mulalah orang nak kejar suami kita. Kalau tak jaga, nanti mengata tak pandai jaga suami.

Kadang serba salah, sebab kalau boleh nak je suruh suami pakai wangi-wangi tapi risau pula nanti perempuan lalu sebelah dia terpikat pula. Jadi serba salah, tapi tetap kena jaga suami kita. Dulu suami taklah handsome macam sekarang ni sebab dulu macam Bangla, sejak kahwin dengan saya baru berubah sikit,” jelasnya. Untuk rekod, Anzalna dan suami, Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada tahun 2016. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.