Identiti individu yang membantu Datuk Seri Abu atau Datuk Red akhirnya terungkai apabila usahawan dan personaliti media sosial, Nur Nilam Ortiz tampil mengakui dirinya orang yang melangsaikan tunggakan sehingga membolehkan usahawan itu berlepas ke Tanah Suci. Memetik laporan, Nilam berkata dia hanya mahu membantu selepas dimaklumkan Datuk Red disekat ke luar negara kerana tunggakan kepada Jabatan Insolvensi Malaysia.
“Saya hanya membantu setakat yang mampu. Itu rezeki Allah. Saya bantu kerana bukan ada niat lain. Apabila dimaklumkan pihak agensi bahawa Datuk Red tersangkut akibat tunggakan, saya terus berjumpa dan bertanya hal sebenar. Tanpa berlengah, saya bayar jumlah yang perlu diselesaikan. Bagi saya, tangan yang memberi dan menerima biarlah antara kita dan Allah. Tidak ada apa yang perlu dibanggakan,” katanya.
Difahamkan, pengasas Nilam Empire itu melangsaikan kira-kira RM4,000, sekali gus membolehkan bekas suami penyanyi Adira itu mendapat pelepasan perjalanan ke luar negara selama setahun. Nilam turut memaklumkan mereka berada di Tanah Suci selama dua minggu bagi menunaikan umrah sambil membawa doa dan hajat masing-masing. “Seperti semua jemaah lain, kami datang dengan doa masing-masing.
Insya-Allah, semoga segala yang baik menyertai perjalanan ini. Saya turut mendoakan Datuk Red yang kini melalui fasa hidup yang mencabar. Saya sendiri ada hajat besar yang ingin dipohon di Tanah Suci,” ujarnya. Pada 15 November lalu, Datuk Red sebelum ini melahirkan rasa syukur apabila impiannya menunaikan umrah buat kali pertama akhirnya tercapai selepas dibantu individu yang menanggung tunggakan untuk membuka sekatan perjalanannya.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.