Pertama kali jumpa bapa tiri terus rasa ada aura, Shila Amzah luah rasa teruja bila urusan perkahwinan ibu dipermudahkan

Advertisements
Advertisements

Penyanyi, Shila Amzah meluahkan rasa teruja apabila urusan perkahwinan kali kedua ibunya, Fauziah Sarman bersama pilihan hati, Brigeder Jeneral Zainal Abidin Muhammad Salleh, 55,  dipermudahlan olehNya. Shila atau nama lengkapnya, Nurshahila Amir Amzah, 35, mendedahkan dia dan suami, Ubaidillah MZ tanpa sedar telah menjadi ‘pengawas’ dalam kisah cinta ibunya itu.

“Alhamdulillah, saya sangat gembira. Benda yang tak dijangka. Saya dan Ubai macam jadi pengawas mak saya. Kami lebih kepada ‘jangan lama-lamalah ya kalau macam ini’. Tiba-tiba saya pula rasa macam jadi mak, kelakar bila fikir balik,” katanya. Mengulas lebih lanjut, pelantun lagu Jauh Hati ini turut memaklumkan perkenalan ibunya bersama suami baharu itu berlaku dalam tempoh yang singkat, sama seperti kisah cinta Shila dan Ubai.

“Perkenalan mereka singkat, sama seperti saya dan Ubai. Dari kawan, tak tunggu lama terus ajak kahwin. Mak saya pun lalui benda sama,” katanya. Orang kata, kalau dah tua biarlah dengan anak-anak. Tapi untuk mereka yang kata macam tu, anak-anak pun ada hidup sendiri, takkanlah mak kita nak duduk sorang-sorang. Jadi biarlah pada usia berapa pun, mereka tetap berhak untuk mengecapi bahagia,” katanya.

Sementara itu, Shila mendedahkan dia dapat merasakan aura positif sebaik sahaja bertemu pertama kali dengan bapa tirinya. “Bila kali pertama jumpa Baba, dia ada aura. Orang kata kalau kita dah tempuh macam-macam sebelum ini, sekali pandang dah tahu. Baru beberapa hari tapi dia sangat gembira. Selepas apa yang berlaku sebelum ini, dia sukar untuk jatuh cinta. Bila diberi peluang kedua, saya harap mereka saling melengkapi,” katanya.

Imbas kembali, Fauziah dan Zainal mendirikan rumah tangga pada 22 November 2025 dalam satu majlis. Untuk rekod, Fauziah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Datuk ND Lala pada tahun 1989 dan berpisah selepas 34 tahun berkahwin. Selain Shila, mereka juga dikurniakan tiga orang cahaya mata lain iaitu Amir Syafiq, Amir Syahir dan Syada.

Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.