Ramai yang terkejut tengok Erra Fazira selamba je bawa kereta sendiri dengan pakai baju pengantin lepas bersanding

Advertisements
Advertisements

Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira mencuri perhatian ramai dengan gelagat lucunya apabila memandu sendiri kenderaan setelah usai majlis persandingan. Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Fazira Wan Chek, 51, dilihat memandu kenderaan itu dengan masih mengenakan busana pengantin sambil ditemani pengurusnya Shahrendra Razak yang berada di bahagian penumpang. Klik sini untuk lihat video.

Menurut Erra, dia lebih gemar memandu sendiri bagi menghilangkan rasa mabuk ketika di dalam kereta berbanding hanya duduk sahaja di bahagian kerusi penumpang. “Saya pening kalau orang lain yang drive. Kalau saya duduk sebelah orang lain yang drive, mungkin itu sebab saya tengah tak sihat atau pun pening kepala,” kata Erra.

Primadona Filem Melayu Alaf Baharu itu menjelaskan bahawa dirinya tidak berdepan sebarang masalah untuk memandu sendiri selagi mana kesihatannya berada dalam keadaan yang baik. “Sanggup saya angkat baju ini sebab memang berat, tapi selagi saya sihat, saya gagahi juga untuk memandu sendiri,” kongsinya.

Menjengah ke ruangan komen, warganet memuji sikap berdikari yang ditunjukkan oleh pelakon itu dan ada juga yang berkongsi tabiat yang sama iaitu mudah pening sekiranya berada di bahagian kerusi penumpang. Untuk rekod, Erra Fazira sah bergelar isteri kepada usahawan, Ezwan Zain setelah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Majlis Agama Islam Selangor, Mohd Sabirin Bin Noordin sekitar pukul 9.19 pagi pada tarikh istimewa pilihan mereka 12 Disember 2025.

Erra menerima mas kahwin berupa pokok ufti seberat 102 gram dengan 24 keping dinar emas, berserta sebentuk cincin Cartier dianggarkan bernilai RM80,000. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.