Pelakon dan usahawan, Nur Fazura terbuka untuk kembali mendirikan rumah tangga kerana masih menyimpan hasrat untuk menambah cahaya mata. Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 42, berkongsi hasrat tersebut ketika berbual bersama peminat di sebuah ekspo di Singapura. “Saya mahu berkahwin lagi sebab saya mahukan anak lagi. Tolong doakan saya,” katanya kepada peminat berkenaan.
Sepanjang festival berlangsung, video yang memaparkan Fazura melayani peminat serta menyantuni rakan selebriti tular di media sosial, sekali gus mencuri perhatian ramai yang memuji sikap rendah dirinya. Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-27 (FFM27) itu turut dilihat mengunjungi reruai rakan-rakan selebriti bagi memberi sokongan.
Antara reruai selebriti yang dikunjunginya ialah Rita Rudaini, Roslan Shah, Dynas Mokhtar, Ifa Raziah, Reen Rahim dan Shuk Sahar. Ketika bertemu Rita Rudaini, Fazura turut meluahkan rasa kagumnya terhadap ketabahan pelakon itu. “Ya Allah wanita kuat ini. Bangga dengan kamu,” katanya. Untuk rekod, Fazura sah berpisah dengan aktor Fattah Amin pada 7 Oktober 2024 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia lima tahun. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.