Warganet luah rasa kecewa, tular video Mona Allen dan Pekin Ibrahim raikan krismas

Advertisements
Advertisements

Netizen mendakwa pelakon, Mona Allen dan suaminya Pekin Ibrahim meraikan sambutan Krismas selepas tular beberapa video pasangan tersebut di media sosial. Seorang pengguna aplikasi TikTok, @eliyanasufi memuat naik beberapa video memaparkan sekumpulan individu termasuk Mona dan Pekin dipercayai menghadiri sebuah majlis yang berlangsung di kediaman salah seorang rakan baik mereka.

Bagi @eliyanasufi, dia meluahkan rasa kecewa terhadap sesetengah individu yang secara terang-terangan menyertai perayaan Hari Natal kerana umat Islam diharamkan untuk menyambut perayaan tersebut. “Ni baru satu kumpulan yang tunjuk secara terang-terangan. Di luar sana pasti masih ramai lagi yang wallahu’alam sama ada mereka tidak tahu atau sengaja buat-buat tak tahu bahawa kita orang Islam tidak boleh merayakan Hari Natal,” tulisnya pada Khamis.

Lebih menyentuh hati, dia turut menyatakan rasa sedih apabila melihat individu yang sebelum ini berhijab sanggup menanggalkannya sempena sambutan tersebut. “Di bulan Rejab yang mulia ini, marilah kita doa supaya mereka dikurniakan taufiq hidayah oleh-Nya,” tulisnya yang tidak menyebut nama Mona, namun letakkan tanda pagar #monaallen. Menerusi satu video berdurasi 27 saat, Pekin dilihat memakai topi berwarna merah dan putih yang sinonim dengan karakter Santa Claus.

Aktor tersebut bersama Mona yang mendukung anak mereka kelihatan mengelilingi sebuah meja makan yang di atasnya dipenuhi pelbagai kotak hadiah dipercayai untuk aktiviti menukar hadiah. Tindakan pasangan itu tidak dijangka oleh netizen, sekali gus menimbulkan perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial. Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan daripada pasangan pelakon tersebut.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.