Selepas melalui fasa perpisahan, bekas isteri kepada penyanyi, Nubhan iaitu Dr. Afifah Hidayah Mohd Yusof mencuri perhatian ramai selepas dilihat semakin ceria dan bahagia. Dr. Afifah atau lebih mesra disapa sebagai Dr. Fie memuat naik video bersama rakan-rakannya yang memaparkan mereka mengikuti tarian ‘trend’ di TikTok. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa gembira melihat perubahan positif tersebut selain memuji penampilan Dr. Fie yang disifatkan semakin berseri.
“Selepas bercerai, Dr fie kelihatan lebih baik, segak dan auranya semakin terserlah. Dia dilihat lebih Berjaya dan tenang dengan perpisahan.” “Terus nampak Fie seperti duduk di alam remaja. Semoga sihat selalu Fie.” “Dr Fie nampak bertambah cantik,” kata mereka. Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan Nubhan sah berpisah dengan Dr. Fie selepas meneliti lafaz talak yang dibuat di luar mahkamah.
Hakim Umamuddin Yunus menetapkan bahawa lafaz talak kali kedua yang dilafazkan Nubhan pada 26 Ogos lalu adalah sah mengikut hukum syarak dan undang-undang keluarga Islam. Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Fie yang juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.
Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.