ANAK kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida, iaitu Cik B tampil berkongsi rutin pemakanan selain menjelaskan bahawa dia mempunyai jurulatih peribadi dalam usaha menjaga kesihatan diri. Menerusi hantaran yang dimuat naik, Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 20, turut mendapatkan nasihat pemakanan daripada individu tersebut. Namun, dia menjelaskan tidak pernah bergambar dengan jurulatih yang dikenali sebagai Coach Fikry itu.

“Ini adalah coach peribadi saya. Tiada gambar dengan dia, jadi tunjuk tangkap layar sahaja. Maaflah ya, gambar tak seberapa ambil pun sebab nak tunjuk coach,” katanya. Cik B berkongsi perkara itu menerusi laman Threads miliknya pada Selasa. Perkara itu dikongsikan selepas seorang pengguna Threads memuat naik hantaran yang mempersoalkan kemampuan Cik B, yang dikatakan tidak mampu mengupah jurulatih peribadi.
Namun begitu, hantaran berkenaan dipercayai telah dipadam. Cik B kemudian turut berkongsi perbualannya bersama seorang lagi individu yang dipercayai bertanggungjawab menyediakan makanan hariannya. “Ini tangkap layar saya dan cef,” ujarnya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji usaha Cik B yang tidak mengambil jalan mudah untuk menurunkan berat badan. Malah, ada juga yang menjadikan dia sebagai inspirasi ke arah menjalani gaya hidup sihat.

“Bagusnya Cik B ni tak guna jalan pintas pun nak kurus walaupun banyak duit.” “Take that! Kau (pengguna Threads) ingat Cik B kena kemas kini kehidupan dia dekat kau setiap masa.” “Cik B low profile, tak semua kena tunjuk. Good luck dan good job, Cik B,” tulis warganet. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.