Solekan penyanyi Umairah meraih perhatian di pentas Stadium Nasional Bukit Jalil menerusi konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza. Menerusi ciapan yang dimuat naik di media sosial, seorang pengguna Threads mempersoalkan solekan Umairah atau nama penuhnya Ummi Umairah Saiful Anuar pada malam berprestij itu. Dakwa individu tersebut, solekan yang dikenakan dilihat kurang sesuai dengan rupa parasnya. Klik sini untuk lihat video.

“Kenapa solekan Umairah macam itu ya? Korang perasan tak? Atau saya saja?” Menurut jurusolek yang dipertanggungjawabkan menghias Umairah, Flackitsman memaklumkan bahawa solekan tersebut telah disesuaikan mengikut kesesuaian wajah, namun paparan di skrin besar menyebabkan warna kelihatan berbeza.
“Saya yang solek Umairah semalam. Dekat skrin besar, warna memang kelihatan lebih tepu dan pencahayaan di kawasan pentas pula sangat terang, ditambah dengan campuran lampu oren dan kuning. Malah, warna baju mereka berdua juga berbeza. Sebelum naik ke pentas sebenarnya kita dah turunkan tona solekan.

Solekan ini pada pandangan mata dan di kamera adalah elok dan seimbang. Anda boleh lihat gambar dan video di Instagram saya.” Dalam pada itu, Flackitsman mengucapkan terima kasih atas keprihatinan para netizen menerusi karya solekannya. Sekadar info, Umairah mendendangkan lagu berjudul ‘Hati Kama’ pada malam konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza sebagai penyanyi jemputan.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.