PELAKON dan penyanyi Abby Abadi memberitahu dia terbuka menerima keputusan anak sulungnya yang kini melangkah ke fasa baharu selepas mengikat tali pertunangan pada Sabtu. Meskipun Danish Hakim baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-23, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, berkata sebagai ibu dia sentiasa memberi sokongan terbaik buat anaknya. “Muda lagi anak ini, tapi bila dia nak melangkah ke fasa seterusnya, kami sebagai ibu bapa terima dengan hati terbuka.
“Anak-anak sekarang bukan boleh dihalang, cuma boleh dinasihatkan dan terus beri peringatan,” katanya. Abby berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya yang turut memaparkan momen sambutan ulang tahun Danish yang diraikan serentak dengan majlis pertunangan bersama pilihan hatinya, Shalinda. Dalam pada itu, Abby turut menitipkan pesanan buat pasangan berkenaan agar dalam menjalani kehidupan berumah tangga kelak.
“Hidup ini amanah dan tanggungjawab yang Allah berikan, bukan semudah yang disangkakan. Jaga diri pun satu perjalanan panjang, apatah lagi bila melibatkan orang lain dalam kehidupan kita. Salinglah bertolak ansur, saling menerima kelebihan dan kekurangan kerana tiada siapa yang sempurna,” ujarnya. Tambah Abby, sekiranya diizinkan, majlis perkahwinan pasangan tersebut dirancang untuk diadakan di dua lokasi berbeza, namun tarikhnya masih belum ditetapkan. “Kalau Allah izinkan, satu majlis di Singapura dan satu lagi di Malaysia. Cuma bila, belum tahu lagi. Doakan ya,” jelasnya.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.