Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi berkongsi bahawa anak perempuannya, Marissa Dania tidak pernah didedahkan dengan pahit perit kehidupan yang pernah dilaluinya sebelum ini. Menerusi perkongsian di Threads, Abby berkata dia memilih untuk tidak menceritakan kisah silamnya kerana hanya mahu memberikan yang terbaik buat anaknya sejak kecil.

“Dia tak nampak jatuh bangun saya dalam perkahwinan dan saya pun tidak pernah bercerita. Dia hanya melalui perkara yang indah-indah dan lengkap dengan makanan, minuman serta tempat tinggal yang selesa. Sebab itu dia tidak ambil pengajaran pun sebab memang dia tidak pernah tahu mamanya ini lalui kehidupan bagaimana,” tulisnya. Sementara itu, dalam hantaran lain, Abby menegaskan bahawa dia tidak akan berdiam diri selepas ada segelintir pihak memintanya untuk membiarkan Marissa menguruskan rumah tangganya sendiri.
Menurutnya, sebagai seorang ibu, dia berhak untuk bersuara terutama apabila anaknya berdepan dengan situasi yang membimbangkan. “Marissa itu anak saya! Bukan batang kayu. Dua tahun saya biarkan dia dicaci maki dan dihamun sesuka hati sebab kelemahan diri dia sendiri. Dah sampai kena talak berkali-kali ini, tak boleh ke saya nak bersuara? Itu anak saya. Saya hidup lagi.
Anak saya baru berusia 20 tahun. Dari kecil saya jaga, semua benda sempurna. Bila dah besar, kau buat main sahaja anak aku. Kurang ajar sangat tu. Mencabar sangat ni,” ujarnya. Semalam, Marissa bersama suaminya, Ahmad Aslam hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk melibatkan perkahwinan mereka.

Menurut peguam syarie yang mewakili Aslam, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri, anak guamnya itu telah melafazkan cerai dan rujuk terhadap isteri keduanya sebanyak dua kali. Difahamkan, lafaz cerai pertama berlaku pada September 2024 sebelum pasangan itu kembali rujuk pada bulan sama. Namun, pada April 2025, Aslam sekali lagi melafazkan cerai sebelum mereka dilaporkan rujuk semula pada Jun.
Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.