Ada bersama hingga nafas terakhir, Amyza Aznan dedah wanita yang banyak uruskan arwah anaknya

Advertisements
Advertisements

Pelakon, Amyza Aznan menzahirkan ucapan terima kasih kepada seorang wanita dikenali sebagai Wan Sakinah yang banyak membantu menguruskan arwah anaknya, Andre Mikhail sepanjang hayatnya. Menerusi perkongsian di Instagram Story, Amyza menyifatkan wanita tersebut sebagai ‘hero sebenar’ yang sentiasa berada di sisi arwah anaknya terutama ketika berdepan saat sukar.

“Hero sebenar, terima kasih Wan Sakinah. Ini lah gadis yang bersama Allahyarham Andre Mikhail. Tanpa rasa geli atau jijik membersihkan Andre sewaktu diawal Andre tidak mampu uruskan diri sendiri. Dia bersama Andre hingga nafas terakhir. Anak yang baik dari keluarga yang baik.” Dalam hantaran sama, Amyza turut berkongsi semula foto Wan Sakinah ketika menziarahi pusara arwah Andre, sekali gus mengundang rasa sebak dalam kalangan pengikutnya.

Terdahulu, Allahyarham Andre Mikhail menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur pada 22 Februari lalu, kira-kira jam 10.15 malam akibat kanser paru-paru. Jenazah kemudian selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana pada keesokan harinya selepas disolatkan di Masjid Al Khairiah, Keramat AU3, Kuala Lumpur.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.