Ramai yang nak jadikan menantu, warganet puji anak Eyra Hazali dan Haziq Nazli lancar baca sura Ad Dhuha

Advertisements
Advertisements

Anak selebriti, Eyra Hazali dan penjaga gawang pasukan bola sepak Kuching City, Haziq Nazli dipuji netizen di media sosial apabila lancar membaca surah Ad-Dhuha. Menerusi video yang dikongsi akaun TikTok kinderlive.hq, anak sulung pasangan tersebut, Muhammad Hayder Qhalish, 6 dilihat lancar membaca surah berkenaan sewaktu terlibat dalam program Nuzul Al-Quran tempoh hari. Klik sini untuk lihat video.

Hayder juga sepertinya sudah menghafal surah Ad-Dhuha walaupun membuka al-Quran dihadapannya. Dia dilihat sempat memperkenalkan diri sebelum membaca surah tersebut sehingga selesai. Momen tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata memuji Hayder yang bijak mengaji walaupun masih kecil.

Ada juga yang berseloroh mengatakan bahawa Hayder merupakan bakal menantunya dan memuji kelancaran kanak-kanak itu dalam membaca al-Quran. Sekadar info, Eyra Hazali dan Haziq Nazli telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Hayder Qhalish, Muhammad Endra Haqimie dan Muhammad Eskandar setelah mendirikan rumah tangga pada 2019.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.