PELAKON dan usahawan Betty Rahmad akhirnya mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang didakwa menyebarkan fitnah terhadap dirinya. Betty, 44, berkata meskipun penjelasan sudah diberikan sebelum ini, namun tuduhan tersebut masih menjadi bualan ramai sehingga menimbulkan pelbagai cerita tidak berasas. “Dah lebih seminggu perkara ini dibiarkan. Namun semakin lama dibiarkan, semakin banyak cerita dan tuduhan tidak berasas.
Diam tak bermaksud saya merelakan diri dipijak. Demi menjaga maruah diri dan agama, saya telah menyerahkan perkara ini kepada pihak peguam untuk tindakan undang-undang,” katanya menerusi satu hantaran di Threads. Dalam hantaran tersebut dia turut memuat naik foto dirinya bersama peguam yang mengendalikan kes tersebut.
Dalam pada itu, Betty turut memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba menokok tambah cerita atau menyebarkan fitnah mengenai dirinya. Katanya, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya sekiranya perkara tersebut masih berterusan.
“Kepada mana-mana pihak yang menokok tambah atau menyebarkan fitnah, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya,” ujarnya. Sebelum ini tular sebuah video dimuat naik oleh seorang usahawan yang dikenali sebagai Alif meluahkan rasa berang terhadap sikap biadab Betty.
Dakwanya Betty meninggikan suara ketika mereka sama-sama terlibat dalam sebuah festival jualan di Singapura. Bagaimanapun, Betty dalam satu kenyataan menafikan perkara tersebut dan menganggap insiden yang berlaku hanya salah faham dan bukan seperti yang digambarkan oleh seorang usahawan dari negara berkenaan.
Sumber: Mstar, PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.