BEKAS isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek tampil menjawab dakwaan dia sudah bertemu pengganti hati dan menerima rombongan merisik daripada seorang jejaka rahsia. Menurut Dr Afifah atau mesra disapa Dr Fie, 37, meskipun ramai jejaka yang cuba mendekati, namun belum ada mana-mana pihak yang datang berjumpa keluarga untuk menjadikannya isteri.
“Merisik di media sosial itu mungkin ada, tapi merisik secara formal itu tidak ada lagi. Masih baru sangat. Kita enjoy single-single dulu,” katanya. Berkongsi mengenai perkara itu, Dr Fie memberitahu ramai yang ingin berkenalan dengannya menerusi media sosial selepas dia selesai menjalani tempoh iddah. Namun, dia kurang percaya dengan perkenalan secara maya tetapi tidak menolak sekiranya ia berlaku.
“Saya rasa mungkin mereka tahu saya sudah habis idah. Dulu tak ada pula macam ini, sejak kebelakangan ini saja. Biasalah dekat media sosial semua orang boleh cuba sekarang, cuma kita tak percaya sangat. Tapi kalau Allah kata jodoh jumpa dekat media sosial, kita nak cakap apa kan,” ujarnya. Tambahnya lagi, dia tidak pernah serik untuk kembali berumah tangga namun lebih berhati-hati dalam mencari pasangan kerana pengalaman lalu.
Pun begitu, Dr Fie memberitahu kerjaya dan kebahagiaan anak-anak menjadi yang paling utama pada ketika ini. “Bila pernah berpisah saya cuma lebih berhati-hati sebab kita pernah ada pengalaman, tapi tak adalah rasa macam tak nak langsung.
Buat masa sekarang tiada lagi. Saya sibuk memberi fokus kepada kerjaya dan perniagaan saya. Sebab ramai yang mula bertanya sama ada saya masih doktor gigi atau tidak sebab sekarang muka saya sering ada di media sosial,” kongsinya. Untuk rekod, Dr Fie mendirikan rumah tangga dengan Nubhan pada 29 Ogos 2015, namun disahkan bercerai talak dua pada Disember lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya, 9, Ahmad Aafan, 7, dan Afzan Nayille, 4 tahun.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.