Anggap jamu tetamu sebagai asbab ke syurga, Syatilla Melvin akui pegang nasihat dari Shaheizy Sam

Advertisements
Advertisements

Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin berkongsi satu pesanan bermakna yang sering diingatkan oleh suaminya, Shaheizy Sam, khususnya dalam hal melayan tetamu dan keluarga. Menerusi satu hantaran di Threads, Syatilla atau nama penuhnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin meluahkan penghargaan terhadap mereka yang sanggup berkorban masa, tenaga dan keselesaan demi menjamu orang lain di rumah sempena hari perayaan.

“Tuan-tuan rumah yang panggil orang datang makan ke rumah, masak penat-penat, korbankan rumah bersepah ini, semoga itu semua menjadi asbab besar awak-awak masuk syurga. Amin ya rabb,” ciapannya, semalam. Dalam masa sama, Tilla turut berkongsi pesanan suaminya yang menekankan agar tidak berkira dalam hal memberi makan, terutama kepada ahli keluarga sendiri.

Menurutnya, Shaheizy Sam sering mengingatkan bahawa soal rezeki tidak seharusnya dihadkan apabila melibatkan orang tersayang. “Sam selalu pesan dengan Tilla, bab makan jangan sesekali berkira dengan orang, especially family kita,” tambahnya lagi. Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada warganet yang turut bersetuju bahawa sikap pemurah dalam menjamu orang lain merupakan satu amalan mulia dan membawa keberkatan.

Terdahulu, Syatilla menjadi perhatian apabila berkongsi pengalaman pertamanya pulang ke kampung halaman sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan menaiki kereta api. Dia memberitahu perayaan kali ini dia dan keluarga memilih pengangkutan awam untuk perjalanan pulang ke kampung di Parit Buntar. Sehubungan itu, warganet memuji sikap pelakon itu yang dikatakan sangat merendah diri kerana memilih pengangkutan awam berbanding pulang ke kampung halaman menaiki kenderaan mewah.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.