Anak kepada Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, iaitu Aazief Khalid mendedahkan ibu tirinya, Datuk Seri Siti Nurhaliza penyokong utama makanan jenama lokal. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, seorang individu dilihat terhibur melihat pelantun lagu Nirmala kerap menyokong perniagaan kecil di media sosial.

“Tak pasti kalau anda semua perasan ke tidak, baru-baru ini Siti Nurhaliza sangat aktif membeli makanan di Threads. Semua benda dia nak beli.” Bagaimanapun, ciapan tersebut meraih perhatian Aazief mengakui penyanyi berusia 47 tahun itu sering membeli barangan bisnes lokal. Selain itu, Aazief turut mendedahkan sisi Siti Nurhaliza yang gemar mencuba pelbagai produk baharu yang menarik perhatiannya di media sosial.
“Mak Iti memang rajin beli makanan daripada lokal bisnes. Duduk rumah sekali dengan dia, memang setiap hari ada saja benda baru dia nak cuba yang dia akan hulurkan kepada mangsa-mangsa terdekat.” Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.