Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz meluahkan rasa senang apabila bekas isterinya, Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengikat tali pertunangan baru-baru ini. Ketika ditemui, pemilik nama Mohammad Aliff Aziz, 34, itu turut mendoakan agar pasangan tersebut dilimpahkan dengan kebahagiaan hingga ke akhir hayat.
“Untuk itu Alhamdulillah. Saya sangat gembira melihat mereka bahagia dan saya doakan semoga mereka terus kekal bahagia hingga ke anak cucu insya-Allah. Selebihnya, saya minta semua doakan yang baik-baik untuk semua orang dan doakan juga yang baik-baik untuk saya. Saya hanya manusia biasa, bukan malaikat, bukan nabi. Kalau ada salah kongsi saya minta maaf.”
Ketika disoal tentang momen bahagia pasangan itu, Aliff berkata dia ada menonton menerusi kiriman video daripada beberapa pihak. “Adalah orang hantar-hantar. Jujurnya saya doakan yang terbaik. Saya rasa gembira untuk mereka dan apabila lihat anak-anak saya juga gembira. Anak-anak sentiasa dalam doa. Saya doakan juga untuk mereka semoga kekal ke pelamin.”
Dalam masa sama, pelantun lagu Sayang Sayang itu turut memberikan respon berhubung pendapat warganet tentang keakraban anak-anaknya bersama Ahli Parlimen Muar tersebut. “Macam saya kata, setiap yang dikatakan adalah pendapat. Setiap orang berhak memberikan pendapat mereka. Saya tak boleh kawal pendapat orang, yang boleh dikawal hanyalah reaksi terhadap pendapat orang dan memilih untuk tidak fikir banyak tentang itu.
Pada akhirnya tak bergeraklah. Minta sangat di bulan baik ini untuk sebarkan kebaikan namun saya tak dapat kawal dan hentikan apa yang orang cakap.” Untuk rekod, Bella dan Syed Saddiq mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur.
Imbas kembali, Aliff pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres, Bella Astillah pada 9 September 2016 sebelum berpisah pada 13 Jun 2024. Mereka pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah. Hasil perkongsian hidup, Aliff dan Bella dikurniakan dua cahaya mata.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.