Tiada istilah pekerjaan retis, Ellie Suriaty tersinggung bila penggiat seni dipanggil retis

Advertisements
Advertisements

Pelakon Ellie Suryati menegur sikap segelintir individu yang gemar menggunakan istilah ‘retis’ bagi merujuk kepada golongan anak seni, yang menurutnya membawa konotasi negatif serta boleh menjatuhkan maruah penggiat industri kreatif. Menerusi perkongsian di Instagram, Ellie berkata, dalam dunia seni kreatif, istilah tersebut tidak pernah diiktiraf sebagai satu bentuk pekerjaan atau gelaran rasmi kepada artis.

“Dalam industri seni kreatif, tiada istilah pekerjaan ‘retis’. Retis tu apa? Bagi saya seorang penggiat seni industri kreatif, rujukan ‘artis’ sebagai ‘retis’ adalah sebuah ejekan yang menjatuhkan maruah insan seni,” katanya. Ibu kepada dua orang cahaya mata itu menjelaskan sebagai individu yang terlibat secara langsung dalam industri, golongan artis sentiasa berusaha menjaga profesionalisme serta menghormati setiap bidang pekerjaan lain tanpa mengeluarkan kata-kata yang boleh mengguris perasaan.

“Kami tidak pernah terfikir nak menyakiti hati hamba-hamba Allah yang lain dengan pekerjaan mereka. Mengapa perlu kamu?” ujarnya. Difahamkan kenyataan tersebut dibuat sebagai reaksi terhadap trend segelintir pengguna media sosial yang menggunakan istilah ‘retis’ secara sinis atau memperlekehkan kerjaya anak seni. Dalam masa sama, Ellie turut mengingatkan orang ramai agar lebih berhemah dalam berkomunikasi, terutama di platform digital yang sering menjadi ruang terbuka untuk melontarkan pandangan tanpa tapisan.

Tambahnya lagi, setiap profesion wajar dihormati, termasuk kerjaya dalam bidang seni yang turut menyumbang kepada pembangunan industri hiburan dan budaya negara. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *