Minta doakan yang baik baik, Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin hadir di Mahkamah Syariah

Advertisements
Advertisements

SPEKULASI mengenai keretakan rumah tangga pasangan selebriti, Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana terus menjadi perhatian ramai. Ia susulan kemunculan Yusuf atau Muhammad Yusuf Bahrin, 34, di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor pada pukul 8.40 pagi. Yusuf dilihat hadir memakai sut hitam bersama pembantu peribadinya. Ketika ditemu bual, Yusuf hanya meminta supaya urusan peribadinya itu dipermudahkan. 

“Doakan yang baik-baik. Saya okay, Selamat Hari Raya,” katanya. Sementara itu, Zizi yang hadir pada pukul 8.45 pagi juga tidak mendedahkan secara terperinci mengenai kehadirannya ke mahkamah. “Tiada apa-apa yang nak dikongsi. Saya pun tidak tahu mengenai proses hari ini. Ini pertama kali saya hadir ke mahkamah,” ujarnya. Zizi hadir ditemani Datin Seri Paduka Umie Aida dan seorang pengawal peribadi. 

Sebelum ini timbul dakwaan mengatakan rumah tangga Zizi dan Yusuf mempunyai masalah. Menurut sumber, pasangan berkenaan dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung, namun kedua-duanya memilih untuk tidak berkongsi perkara itu secara terbuka kepada umum. Untuk rekod, Yusuf dan Zizi mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021. Sehingga kini, pasangan itu belum dikurniakan cahaya mata.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.