Pempengaruh media sosial, Iqbal Zulkefli berharap usahawan, usahawan sensasi, Datuk Seri Vida untuk terus bahagia menjalani kehidupannya. Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya, Iqbal berkata dia mengambil keputusan untuk berdiam diri sebelum ini bukan kerana tidak peduli, sebaliknya bagi mengelakkan sebarang perkara yang boleh mengguris perasaan mana-mana pihak.
“Hampir tiga tahun tidak bersua. Saya memilih diam bukan kerana tidak peduli namun menghindari menyakiti atau ada hal yang berbangkit. Teruslah bahagia. Jika mahu anggap kenangan selama ini sebagai debu, semoga cepat ia terbang. Andai dalam pertemuan terselit kemanisan, terima kasih saya ucapkan. Apa yang pasti doa saya tidak pernah padam,” luahnya.
Mengakui perjalanan hidupnya sering dipandang seperti tidak masuk akal, Iqbal bagaimanapun menerima segala ketentuan dengan hati terbuka. “Saya di sini masih sama seperti dulu. Kalian sudilah doakan perjalanan hidup saya. Memang ini seperti sebuah dongengan dan seolah lucu dan tidak masuk akal. Namun saya terima takdir hidup yang perlu saya hadapi. Terima kasih atas doa baik semua. Jasa baik Datuk Seri @aliffsyukriterlajaklaris saya hargai selamanya,” coretnya.
Terdahulu, Iqbal mendedahkan dia pernah berusaha selama lebih dua tahun untuk berdamai Vida. Iqbal bagaimanapun reda apabila usahanya itu tidak mendapat sebarang respons. Iqbal berkata dia menghantar mesej setiap tiga bulan kepada Vida secara konsisten dengan harapan dapat menamatkan perselisihan secara baik. Malah kata Iqbal,
dia juga pernah datang ke Ipoh dan menunggu di hadapan rumah Vida selama tiga jam, namun tetap juga tidak diendahkan. Untuk rekod, hubungan Vida dan Iqbal sebelum ini pernah menjadi perhatian apabila kedua-duanya merancang untuk berkahwin, namun hasrat tersebut tidak kesampaian. Selepas perpisahan, Iqbal memilih untuk meneruskan kehidupan dan mengakui cuba melupakan kisah lalu.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.