Berhasrat nak bela nasib rakyat, Datuk Aliff Syukri tanya warganet kerusi mana yang sesuai untuk dia bertanding PRU akan datang

Advertisements
Advertisements

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dilihat sangat kecewa dengan berita berkenaan dakwaan skandal zakat melibatkan Badan Bukan Kerajaan (NGO) sehingga ratusan juta. Susulan daripada kekecewaan tersebut, Aliff Syukri telah memuat naik hantaran di media sosial bertanyakan kepada pengikutnya tentang parlimen mana yang dilihat layak untuknya bertanding supaya dapat membela nasib rakyat.

“Sanggup eh mereka gunakan duit yang sepatutnya disalurkan untuk zakat. Tindakan apakah yang wajar untuk penjahat seperti ini? Dan kalau saya diberi peluang untuk bertanding di parlimen, kawasan manakah yang layak untuk saya bertanding? Kerusi mana korang nak Papa bertanding untuk memperjuangkan nasihat rakyat. Ada yang nak offer saya kerusi ke next PRU?” soalnya.

Dalam pada masa yang sama, beliau juga bertanya sama ada dirinya layak ataupun tidak untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) depan. Ujar Aliff Syukri, beliau berjanji akan menjaga tingkah laku dan menjaga kepentingan rakyat disamping meminta pendapat sama ada dirinya sesuai ataupun tidak memegang jawatan sebagai Menteri Keusahawanan.

“Korang rasa layak tak papa bertanding PRU akan datang? Papa janji akan behave demi menjaga kepentingan rakyat. Kalau jadi menteri, papa jadi Menteri Keusahawanan okay tak?,” tanyanya lagi. Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan kebanyakkan daripada mereka bersetuju dengan apa yang dinyatakan usahawan terbabit. Beberapa selebriti juga memberikan sokongan andai Aliff Syukri berniat menjadi ahli parlimen walaupun tidak dapat dipastikan sama ada beliau sekadar berseloroh ataupun sebaliknya.

Sebelum ini, usahawan sensasi tersebut ada meluahkan rasa kesal dengan berita berkenaan dana RM250 juta yang didakwa ‘disakau’ beberapa pihak dalam NGO. Jelasnya, disebabkan tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak, insan yang sepatutnya dibantu tercicir sedangkan mereka sudah melakukan rayuan.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *