Viral pasal muka Bella Astillah ditutup dalam potret keluarga, ini pula respon dari Aliff Aziz

Advertisements
Advertisements

PENYANYI Aliff Aziz meminta warganet tidak memperbesarkan isu tular melibatkan hantaran Instagram Story ibunya, Siti Hafiza yang didakwa sengaja menutup wajah Bella Astillah di potret keluarga. Menurut Aliff atau Mohamad Aliff Aziz, 35, hiasan dalaman kediaman orang tuanya itu adalah hak peribadi mereka dan dia tidak mempunyai kuasa mencampuri urusan tersebut.

“Sekali lagi, ini adalah perkara yang Aliff rasa tak sesuai untuk dikongsi. Itu adalah rumah mak ayah Aliff, terpulanglah kepada mereka apa hiasan yang mereka nak letak dalam rumah. Umi (ibu) saya bukan sengaja, masa itu tengah buat review makan dan mungkin ramai orang yang ada masa untuk freeze frame dan sebagainya. Aliff tak boleh komen banyak fasal dalam rumah mak ayah saya,” katanya. 

Aliff berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa Majlis Rumah Terbuka Iqiyi di Kuala Lumpur pada Selasa. Dalam pada itu, Aliff menyedari setiap tindakan keluarganya pasti akan mengundang pelbagai persepsi daripada orang ramai. Bagaimanapun, aktor itu memilih untuk tidak terlalu memikirkan kata-kata negatif tersebut. “Setiap orang ada persepsi masing-masing. Kalau Aliff nak buat sesuatu dalam hidup mengikut kata orang, maka saya akan berada di tahap itu sahaja. 

Saya sudah melakukan banyak perkara dalam hidup saya. Jadi sekarang ini saya perlu fokus untuk perbaiki diri,” ujarnya.  Sebelum ini, tular video di media sosial mendakwa keluarga Aliff Aziz sengaja menutup wajah Bella Astillah pada foto keluarga yang tergantung di dinding rumah mereka. Untuk rekod, Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 sebelum berpisah pada 13 Jun 2024. 

Mereka pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah. Hasil perkongsian hidup, Aliff dan Bella dikurniakan dua cahaya mata. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *