Warganet dah mula tak keruan tengok bila tular video Syed Saddiq payungkan Bella Astillah guna tangan

Advertisements
Advertisements

Momen-momen spontan membabitkan pasangan tunang selebriti, Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq menjadi perhatian ramai di media sosial. Menerusi perkongsian sebuah akaun @teamsaddiq di Instagram, pasangan tersebut dilihat meluangkan masa bersama menikmati hidangan di sebuah kedai asam pedas di Muar. Klik sini untuk lihat video.

Lebih menjadi tumpuan, satu lagi video memaparkan tindakan Syed Saddiq yang ‘memayungkan’ Bella menggunakan tangan ketika mereka berjalan di bawah cuaca panas. Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa gembira selain mendoakan kebahagiaan buat mereka. “Bahagianya nampak mereka bersama, semoga yang baik-baik sahaja untuk mereka berdua.”

“Act of service YB konsisten, tapi lepas tunang ini nampak lagi ‘sweet’. Nanti lepas kahwin rasanya kami semua kena pasang tangki oksigen.” “Seronok tengok mereka makan asam pedas, nampak santai dan bahagia,” komen beberapa warganet. Terdahulu, Syed Saddiq dan Bella Astillah selamat mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis sederhana yang hanya dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat. Dalam majlis tersebut, Bella tampil anggun menggayakan busana berwarna hijau sage rekaan Atelia Amani.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *