Isu melibatkan suami pelakon, Intan Ladyana iaitu Harris Aliff yang didakwa berlaku curang dalam permainan video online akhirnya mendapat respon daripada tuan empunya badan. Memetik laporan Harian Metro, Intan menegaskan dia tidak menyokong perkara yang salah dan setiap individu perlu tahu batas masing-masing dalam apa jua situasi.
“Sebagai isteri, apa yang saya boleh katakan ialah saya bukan ‘enabler’ (penyokong atau membiarkan). Apa yang salah itu tetap salah dan apa yang betul tetap betul, jadi kena tahu batas sendiri,” katanya ketika ditemui pada majlis Macam-Macam Raya Bersama Rocketfuel Entertainment, di sini, semalam. Menurut pelakon filem Adnan Sempit itu, dia sendiri tidak mengenali wanita yang dikaitkan dengan suaminya dan hanya mengetahui perkara tersebut selepas ia tular di media sosial.
“Tidak (tak kenal wanita itu) sebab saya tak main permainan video. Game apa pun saya tak tahu. Ya, selepas tular isu ini baru saya tahu. Saya tak adalah nak salahkan wanita itu atau Harris, tetapi mereka sendiri perlu tahu. Kalau mereka rasa apa yang mereka buat itu salah atau betul, itu adalah pandangan masing-masing. Mereka yang kenal diri sendiri,” katanya.
Ketika ditanya sama ada perkara itu sudah dibincangkan bersama Harris, Intan memberi bayangan isu tersebut tidak akan berulang lagi. “InsyaAllah, tidak akan terjadi lagi,” katanya. Dalam masa sama, Intan menjelaskan dia tidak meletakkan sebarang syarat kepada suaminya, namun menekankan soal batas dalam pergaulan walaupun dalam dunia maya.
“Tak adalah (letak syarat untuk Harris). Macam saya, saya tahu batas saya dan dia tahu batas dia. Tak bolehlah nak terlalu mengawal, tapi diri sendiri kena tahu. Walaupun dalam permainan video atau pun berlakon, kita kena tahu batas. Kita sendiri kena ada kefahaman tentang hal itu,” katanya. Terdahulu, nama Harris menjadi perhatian ramai selepas tular beberapa klip video ketika sesi penstriman langsung permainan video yang memaparkan dirinya berbual dalam nada mesra bersama pemain wanita lain.
Situasi itu mencetuskan pelbagai reaksi memandangkan statusnya sebagai suami orang. Untuk rekod, Harris dan Intan mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.