Pelakon dan usahawan Fazura menyifatkan, penebit dan pelakon, Sheila Rusly sebagai mentua idaman bagi setiap wanita. Komen itu dilontarkan susulan seorang individu memuji cara Sheila yang melayan menantunya dengan penuh kasih sayang sehingga mendapat perhatian Fazura. “Mentua idaman setiap wanita.” Perkongsian itu kemudiannya mendapat perhatian Sheila yang mengakui terharu dengan komen yang diberikan oleh Fazura.
Dalam kesempatan itu, Sheila sempat menitipkan doa untuk pelakon filem Pisau Cukup itu agar dikurniakan kebahagiaan yang cukup. “Ala nak nangis sis. Terima kasih Faz (nama panggilan Fazura). Saya doakan Fazura kebahagiaan dunia dan akhirat amin.” Sebelum ini, tular satu hantaran yang memaparkan seorang individu memuji tindakan Sheila yang dikatakan tidak pernah memilih kasih dalam melayani menantunya.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.