Setiap yang berlaku adalah ketentuan Allah, Syida Melvin redha percaya pada takdir

Advertisements
Advertisements

SELEPAS kisah perceraian menjadi bualan, pelakon Syida Melvin berkongsi luahan hati dan takdir dalam perkahwinan. Menurut Syida atau Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 29, dia percaya setiap yang berlaku adalah ketentuan Yang Maha Esa. “Allah Maha Mengetahui. Dia pegang hati kita semua. Dia nak bolak-balikkan bila-bila masa sahaja, boleh jadi. Saya percaya pada takdir,” kongsinya.

Syida menulis perkara tersebut dalam satu hantaran di Threads. Dia turut mengucapkan penghargaan kepada orang ramai yang berterusan memberikan sokongan buat dirinya dalam berdepan ujian “Tidak terbalas semua komen, mesej, kata-kata baik dan doa anda semua,” luahnya. Perkongsian tersebut mendapat pelbagai respons termasuk kata-kata semangat mendoakan buat Syida.

Malah, ada juga yang meminta untuk dia terus mempertahankan rumah tangga. “Semoga terus kuat dan dipermudahkan urusan Syida dan keluarga.” “Janganlah cerai tau… Semoga jodoh masih bersama kalian,” antara komen netizen.

Syida dilaporkan telah memfailkan cerai terhadap suaminya, Syafiq Azim di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada Disember tahun lalu. Perkara itu disahkan oleh peguam yang mewakili Syida iaitu Nurul Jamaliah yang memaklumkan bahawa prosiding berkaitan rumah tangga pasangan itu kini sedang berjalan di mahkamah. Untuk rekod, Syida atau Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 29, mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Syafiq Azim Shaheen, 37, pada 19 Januari 2019. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *