Tular sebuah video memaparkan pelakon dan penyampai radio, Ajak melawat Salih Yaacob hingga menimbulkan rasa sebak dalam kalangan netizen. Menerusi perkongsian video di TikTok, pemilik nama Mohd Hanaffi Razak, 40, memaklumkan bahawa keadaan Salih kini tidak lagi begitu kuat untuk berjalan. Klik sini untuk lihat video.

“Abang Salih mengadu, katanya jalan dah tak berapa kuat. Boleh jalan dekat-dekat saja. Ajak datang sebagai sahabat, bukan pertubuhan dan bukan juga yayasan.” Sementara itu, Salih sempat menyatakan disebabkan keadaannya yang sering sakit, tiada lagi perkara lain yang difikirkannya selain kematian.
“Sebab itu tiada guna kita bergantung kepada makhluk. Saya ikut mana yang Allah SWT tentukan. Jadi, saya ingat mati sajalah. Tiada perkara lain, apa lagi yang nak difikirkan?” Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya mendoakan agar Salih diberikan kesihatan yang cepat. Menjengah ke ruangan komen, netizen turut meluahkan rasa rindu mahu melihat Salih kembali beraksi di televisyen.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.