Kehilangan besar untuk industri tanah air, Azlee Senario imbas kembali jasa Allahyarham Jalil Hamid

Advertisements
Advertisements

Pelakon dan pelawak, Azlee Senario menyifatkan Allahyarham Jalil Hamid sebagai seorang insan yang banyak berjasa sepanjang penglibatannya dalam industri seni. Ketika ditemui, Azlee atau nama lengkapnya Muhammad Azlee Jaafar mengakui seakan tidak percaya dengan berita duka yang diterimanya. Tambah Azlee, sejurus menerima pengesahan berita tersebut, dia segera memaklumkan kepada rakan selebriti lain seperti Wahid dan Pak Ya.

“Saya ini jenis yang tidak mudah percaya dengan berita media sosial selagi tidak mendapat pengesahan daripada pihak yang betul seperti Seniman atau Karyawan. Namun, selepas saya sendiri menghubungi anak arwah dan dia mengesahkan ayahnya sudah tiada, barulah saya ambil tanggungjawab maklumkan kepada rakan-rakan artis yang lain.

Tadi saya sempat hubungi rakan-rakan Senario yang lain. Wahid dan Pak Ya kini berada di Ipoh, mereka semua terkejut dan menangis dengan khabar ini.” Azlee berkata demikian ketika ditemui di Masjid Munawwarah, Shah Alam, sebentar tadi. Mengulas lanjut mengenai jasa Allahyarham, Azlee mengimbau kembali segala tunjuk ajar yang diberikan bagi memperbaiki teknik lakonan sebagai anak seni.

“Pemergian Allahyarham adalah kehilangan besar untuk industri hiburan tanah air yang tiada galang gantinya. Banyak jasa arwah kepada Senario. Semasa penggambaran sitkom dahulu, dialah yang banyak beri tunjuk ajar kami seperti cara menggunakan pentas dengan betul, cara menguasai ruang dan teknik lakonan yang berkesan.” Kali terakhir Azlee bekerjasama dengan Allahyarham adalah menerusi sebuah naskhah drama yang menjalani penggambaran di Kuang, Selangor beberapa tahun lalu.

Walaupun mengetahui Allahyarham sudah lama menderita sakit sebelum ini, Azlee berkata mereka sentiasa mendoakan kesihatan arwah dan terkejut apabila keadaan kesihatannya merosot secara tiba-tiba selepas kembali aktif. Terdahulu, Allahyarham Jalil Hamid dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya sekitar pukul 12.30 tengah hari tadi.

Berita itu dikongsikan anaknya, Afiqah Jalil menerusi Instagram. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21 selepas solat Asar. Sepanjang hajatnya Allahyarham disegani kerana bakatnya sebagai pelakon, penyanyi dan pelawak. Sumber: Ohbulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *