Penampilan pelakon dan penyanyi Bella Astillah sekali lagi menjadi perhatian warganet apabila video terbarunya beriadah sambil menunggang basikal tular di media sosial. Menerusi perkongsian semula di platform Theads, Bella dilihat mengenakan pakaian sukan yang ketat sehingga memperlihatkan bentuk tubuhanya sewaktu melakukan aktiviti luar bersama keluarga.

“Ketatnya pakaian. Memang perasaan malu tu dah hilang ke? “ tulis seorang warganet. Sehubungan itu, ada segelintir netizen meluahkan rasa kurang senang dengan pemilihan pakaian berkenaan dan menyarankan agar dia memilih baju yang lebih longgar ketika bersukan. Difahamkan, isu berkaitan pemilihan pakaian bukan kali pertama dibangkitkan oleh netizen malah sebelum ini, ibu kepada dua cahaya mata itu turut menerima kritikan apabila busana yang digayakan didakwa terlalu terdedah sehingga memperlihatkan tali bra.
Bagaimanapun, terdapat juga segelintir netizen yang tampil mempertahankan Bella dengan menyatakan setiap individu berhak memilih pakaian masing-masing, terutama ketika bersukan. Setakat ini, Bella masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung teguran terbaharu tersebut.



Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.