Isteri kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida tampil menyuarakan pendapatnya berhubung hasrat suaminya untuk melibatkan diri dalam dunia politik. Menerusi potongan klip video siaran langsung di TikTok, Shahida menegaskan bahawa dia lebih selesa jika suaminya terus memberi fokus kepada perniagaan tanpa melibatkan diri dalam arena politik. Klik sini untuk lihat video.

“Saya tak setuju Aliff Syukri masuk politik. Sebab kadang-kadang saya rasa tak perlulah masuk mana-mana politik. Kita fokus pada perniagaan kita sahaja cukup. Saya rasa apa yang terjadi ini cukuplah, saya tidak mahu menambah masalah saya. Saya tidak mahu dia melibatkan diri dengan mana-mana politik. Cukup sekarang kita pergi mengundi sudah. Tapi untuk lebih lagi, tidak.”
Dalam pada itu, Shahida berpandangan bahawa sebagai usahawan, fokus utama seharusnya tertumpu kepada perniagaan selain bimbang penglibatan dalam politik boleh mengundang risiko serta salah faham dalam kalangan masyarakat. “Saya tak nak nanti ada kes sampai ke dalam. Bila ada perniagaan sendiri, kita perlu fokus pada perniagaan.
Sebab kita ini ibarat perniagaan itu memerlukan diri kita. Nanti kalau dah masuk dunia politik, takut tersilap langkah. Bagi saya, cukuplah tengok orang-orang sekeliling dengan berita sebegini.” Dalam masa sama, dia tidak mahu orang ramai mengaitkan kejayaan perniagaan mereka dengan sebarang pengaruh politik. “Saya tak nak nanti orang kaitkan perniagaan kita dengan politik. Sedangkan kita memang dah lama ada perniagaan sendiri.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.