Pelakon Izreen Azminda meluahkan rasa syukur apabila pertikaian antara dirinya dan bekas madu, Intan Salleh, akhirnya berjaya diselesaikan dengan baik. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Izreen, 41, meluahkan rasa syukur apabila segala kemelut yang tercetus sebelum ini akhirnya dapat diselesaikan secara harmoni demi kebaikan bersama, khususnya untuk anak-anak. Tambahnya lagi, dia berasa sebak selepas mencapai penyelesaian baik bersama bekas madunya sehingga tidak dapat menahan emosi.
“Syukur Alhamdulillah ya Allah, akhirnya pertikaian antara kami dapat diselesaikan secara baik. Sebak sangat, tapi tahan air mata. Sebak itu rasa sampai sekarang. Terima kasih Intan sudi memaafkan dan memilih untuk berdamai demi anak-anak kita. Harapan saya agar selepas ini, hubungan yang terjalin dapat lebih terpelihara demi kebahagiaan kita bersama, terutamanya untuk anak-anak. Semoga ikatan yang terjalin semula ini sentiasa dalam pelukkan Allah SWT, amin.”
Dalam pada itu, aktres drama Terpaksa Aku Relakan, juga memohon maaf sekiranya terdapat sebarang tindakan atau perbuatannya sebelum ini yang mengguris hati mana-mana pihak. “Segala perkongsian atau penulisan saya selepas ini adalah bersifat peribadi. Dan tidak merujuk kepada mana-mana pihak.
Sementara itu, Intan Salleh berharap hubungan yang terjalin selepas ini akan lebih terjaga demi kebahagiaan semua pihak. “Alhamdulillah, setelah berbincang bersama, kami telah bersepakat memutuskan untuk menyelesaikan pertikaian di mahkamah dengan cara baik. Kami bersyukur kerana perkara ini akhirnya dapat diselesaikan. Harapan saya agar selepas ini, hubungan yang terjalin dapat lebih terpelihara demi kebahagiaan kita bersama, terutamanya untuk anak-anak.”
Terdahulu, konflik rumah tangga yang melanda antara mereka berdua dilihat tidak berhenti selepas Intan dan Ude bercerai. Izreen dan Intan dilihat saling berbalas-balas kenyataan di media sosial berhubung beberapa isu berbangkit. Sekadar makluman, Intan yang bercerai dengan Ude pada 2018 sempat bermadu dengan Izreen sebelum berkahwin dengan penjawat awam Mohd Aizam Yahya, 27, pada 2021.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.