Usahawan kontroversi, Prince Syed Shahid tampil menafikan dakwaan netizen kononnya isterinya, Fatin Syazwani sedang mengalami masalah kesihatan. Dalam video yang dimuat naik di TikTok, memaparkan Fatin sedang berjalan dalam keadaan yang agak perlahan dan memegang kaki sambil menuruni eskalator. Klik sini untuk lihat video.

Bagaimanapun, Prince Syed atau nama lengkapnya Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman menjelaskan bahawa keadaan tersebut berlaku kerana isterinya keletihan selepas terpaksa menuruni eskalator yang tidak berfungsi. Jelasnya lagi, ia bukan berpunca daripada sebarang masalah kesihatan serius seperti yang didakwa oleh segelintir pihak.
“Ingatkan betullah sayang sakit ya… Oh, sakit kaki sebab eskalator tu tak hidup? Eskalator tu tak hidup, tu yang sakit.” Walaupun video berkenaan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet. Menjengah ke ruangan komen, ramai mendakwa wajah Fatin kelihatan lesu, pucat dan tidak bermaya, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai keadaan kesihatannya.
Malah, ada juga yang menasihati agar Fatin segera mendapatkan pemeriksaan doktor bagi memastikan tahap kesihatannya berada dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.