Perkongsian video di TikTok milik pempengaruh media sosial, Rosix Omar menjadi perhatian ramai apabila dia memaparkan koleksi ubat-ubatan dan produk kesihatan yang disimpan di kediaman usahawan, Noor Nabila. Menerusi video tersebut, kelihatan sebuah almari khas yang dipenuhi pelbagai jenis ubat serta barangan kesihatan disusun dengan sangat teratur dan kemas mengikut kategori tertentu. Klik sini untuk lihat video.

Apa yang menarik perhatian, setiap ubat dilabel mengikut fungsi dan kegunaannya bagi memudahkan pencarian, termasuk ubat berkaitan masalah kaki, tangan, kulit, mata, gigi serta beberapa keperluan kesihatan lain. Bukan itu sahaja, almari berkenaan turut menempatkan pelbagai makanan tambahan, wangian rumah, kit ujian Covid-19 selain barangan rawatan lain seperti picagari ubat, alat tuam dan beberapa keperluan kecemasan.
Susunan yang sistematik itu membuatkan ramai kagum dengan tahap persediaan Noor Nabila dalam memastikan segala keperluan kesihatan keluarga sentiasa tersedia di rumah. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui terpegun melihat koleksi ubat yang begitu lengkap sehingga ada yang berseloroh mengatakan kediaman Nabila seolah-olah mempunyai “mini farmasi” sendiri.
Malah, ada juga yang memuji sikap teliti dan tersusun Noor Nabila dalam menguruskan keperluan harian, terutama melibatkan aspek kesihatan dan kecemasan keluarga. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.