Penyanyi, Shila Amzah menerima dengan hati terbuka keputusan doktor yang menasihatkannya agar tidak hamil sekali lagi selepas disahkan sebagai pembawa talasemia selain mempunyai sejarah dua kali bersalin secara pembedahan. Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 37, berkata, dia memang mengimpikan sebuah keluarga besar, namun akur dengan risiko kesihatan yang mungkin boleh membahayakan dirinya sekiranya hamil buat kali ketiga.
“Saya reda menerima takdir ini. Sudah pasti kalau tanya saya, memang impikan anak yang ramai, tapi dalam masa sama saya perlu akur dengan nasihat doktor. Mungkin ada juga hikmah Allah atas semua yang berlaku ini. Suami saya dia okay juga dengan keadaan ini, dia seorang yang santai. Dia sentiasa memberi semangat kepada saya.”
Shila berkata demikian ketika ditemui pada sidang media konsert minggu kelima Talk To My Manager 2 (TTMM2) di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad. Tambah pelantun lagu Tinggal Kenangan itu, dia mendedahkan dua proses kelahirannya sebelum ini terpaksa dilakukan secara pembedahan selepas berlaku komplikasi ketika bersalin. “Saya sudah mengalami dua kali emergency czer-section. Ketika anak sulung, saya cuba bersalin normal tetapi bukaan lambat jadi terpaksa dibedah.
Anak kedua pun awalnya saya cuba untuk normal, tetapi malang sekali ketika itu degupan jantung bayi semakin rendah. Ubai nampak ketika kepala bayi dikeluarkan, tali pusat berbelit pada leher bayi. Itu yang kena bedah. Dalam masa sama, Shila menjelaskan faktor utama doktor tidak menggalakkan dia hamil lagi kerana risiko kehilangan darah yang tinggi ketika proses bersalin yang berkait dengan masalah kekurangan darah dalam badannya akibat talasemia.
“Kenapa doktor beritahu tidak boleh hamil anak ketiga kerana ibu yang bersalin banyak pertumpahan darah yang berlaku, jadi orang yang tidak cukup darah seperti saya akan ada risiko yang boleh berlaku. Sebab itu doktor nasihatkan saya supaya tidak ada anak ketiga dengan sejarah dua kali kelahiran secara pembedahan.” Shila turut berkongsi dia hanya mengetahui dirinya pembawa talasemia selepas menjalani pemeriksaan darah ketika hamil anak sulung.
“Ketika saya hamilkan anak sulung, bacaan HB akan dibaca. Saya pernah turun sampai enam. Orang normal selalunya bacaan mereka adalah 13. Jadi doktor macam terkejut saya masih boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Kemudian saya buat pemeriksaan darah dan mendapati saya didiagnos talasemia, tapi saya pembawa. Ketika berkenalan dengan suami, Ubai saya ada maklumkan kepadanya yang saya hidap talasemia.
Ini kerana orang yang mempunyai talasemia tidak boleh berkahwin dengan pasangan yang ada talasemia juga. Akan dapat beta talasemia.” Sekadar info, talasemia adalah sejenis penyakit genetik darah yang diwarisi daripada ibu bapa. Pesakit mengalami kekurangan sel darah merah atau hemoglobin berkualiti, menyebabkan tubuh gagal membawa oksigen yang mencukupi. Penyakit ini tidak berjangkit.
Imbas kembali, Shila mendirikan rumah tangga bersama Ubai MZ pada Ogos 2024 dan kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rhea Akira. Shila juga pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Edraki pada 2018 namun berpisah pada Februari 2022. Mereka dikurniakan seorang cahaya maya lelaki iaitu, Seth Uwais, 7 tahun
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.