Dah sah berpisah, Ahmad Aslam berharap warganet berhenti cakap buruk melibatkan Umisya dan anak

Advertisements
Advertisements

Pempengaruh, Ahmad Aslam reda menerima keputusan mahkamah selepas disahkan bercerai dengan, Marissa Dania pada Rabu. Ahmad Aslam atau nama lengkapnya Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid, 27, berkata dia berharap netizen berhenti membuat sebarang spekulasi tidak benar mengenai dirinya dan bekas isteri selepas ini.

“Alhamdulillah, Allah sudah tetapkan keputusan. Insya-Allah ini yang terbaik untuk kami. Saya minta supaya tiada lagi perkara negatif timbul selepas ini. Biarlah semuanya berakhir dengan baik.” Ahmad Aslam berkata demikian ketika ditemui sejurus selesai prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada Rabu.

Dalam masa sama, Ahmad Aslam juga berharap orang ramai tidak lagi bercakap buruk tentang rumah tangganya dan tidak melibatkan isterinya, Umisya Mazlan. “Saya harap keputusan mahkamah kali ini dan selepas semua perbicaraan kami lalui, adalah yang terbaik untuk kami berdua. Saya juga mohon orang ramai berhenti berkata buruk atau negatif kerana perkara ini turut melibatkan isteri saya, Umisya serta anak-anak.”

Aslam turut menitipkan doa buat bekas isterinya agar terus melangkah ke hadapan dengan lebih baik. “Insya-Allah saya doakan yang terbaik untuk Marissa. Saya juga mohon semua doakan yang baik-baik. Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran untuk kami dan semua.” Terdahulu, peguam syarie yang mewakili Ahmad Aslam, Muhammad Ammar Yaser, mengesahkan pasangan berkenaan bukan lagi suami isteri selepas mahkamh membuat keputusan berhubung status perkahwinan mereka.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.