Penyanyi dan pelakon Bella Astillah tampil memberikan respon selepas video prank sempena hari lahir ibunya dan isu pakaian yang digayakan di sebuah program telah dihujani dengan pelbagai reaksi warganet. Ketika ditemui, Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, hanya menjawab ringkas berkenaan kejutan yang dirancang untuk ibu tercinta, Siti Zarina tempoh hari.
“Apa-apa saja yang terjadi, sudah pun terjadi. Jadi kita teruskan saja dan buat yang lebih baik di masa akan datang. Terima kasih semua sebab ambil berat.” Bella berkata demikian seusai menjayakan Konsert Bintang Uni-verse 2026 yang berlangsung di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada Ahad.
Sementara itu, ketika disoal tentang imej, Bella berkata, dia tidak mahu menyentuh tentang perkara tersebut lagi, namun tetap menjadikannya sebagai pengajaran untuk memperbaiki diri. Dalam pada itu, pelantun lagu Lebih Indah Berpisah ini menghargai pendapat yang disuarakan oleh pelawak Harith Iskander, susulan isu tersebut turut mendapat perhatiannya.
“Sebenarnya saya ada tengok video itu. Terima kasih kepada Harith Iskander. Saya tak kenal dia secara peribadi tetapi seperti yang dikatakan perkara ini pun sudah lepas, jadi bila diungkapkan semula, rasa seperti mengorek balik cerita itu. Insya-Allah, saya akan perbaiki apa yang patut selepas ini.” Terdahulu, video prank berkenaan telah mencetus rasa kurang senang dan disifatkan keterlaluan berikutan tunangnya, Syed Saddiq merupakan seorang ahli politik.
Menerusi video tersebut adik kepada Bella iaitu Didi Astillah dilihat bertengkar dengan seorang pelayan restoran sehingga keadaan menjadi tegang. Manakala penampilan ibu kepada dua orang anak itu juga baru-baru ini telah mendapat kritikan warganet semasa muncul sebagai juri di konsert suku akhir Talk To My Manager 2.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.