PENYANYI Siti Saerah tidak dapat menyembunyikan rasa sedih apabila anaknya, Amad Dayyan mengambil keputusan untuk berpindah ke Kuantan, Pahang dan tinggal bersama bekas suaminya, Saiful Anuar. Saerah atau Siti Sairah Tarudin, 43, berkata walaupun berat untuk menerima hakikat tersebut, dia menghormati keputusan anaknya yang mahu mencorakkan haluan hidup sendiri.
“Ibu mana yang tak sedih. Saya bersedih sampai tak boleh tidur. Disebabkan ini pilihan dia, jadi saya sentiasa mendoakan terbaik buat Amad. Saya mengharapkan perubahan yang baik untuk dia,” katanya. Saerah berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media pelancaran lagu Hujung Indah nyanyian anak sulungnya Umairah yang diadakan di Hotel Ideas, Kuala Lumpur pada Rabu.
Dalam pada itu, Saerah memberitahu sebagai seorang ibu dia tidak mahu menghalang kehendak Ahmad Dayyan atau Amad yang kini semakin menmbesar dan mempunyai pandangan sendiri tentang masa depan. “Bila anak sudah remaja, ada ketikanya mereka mempunyai pillihan sendiri. Saya tidak pernah menghalang sekiranya dia rasa kehendaknya untuk pulang ke Kuantan demi kebaikan, saya tidak ada masalah.
Anak muda ini ada kehendak sendiri, tak mengapa. Kita ikut saja pilihannya. Asalkan dia gembira. Saya juga tumpang bahagia,” ujarnya. Saerah bagaimanapun menjelaskan Amad masih mempunyai beberapa komitmen seni yang perlu diselesaikan. “Sekarang ini Amad masih terikat dengan kontrak dengan syarikat rakaman, jadi dia perlu selesaikan mana-mana komitmen yang ada.
Saya beritahu apa sekali pun kontrak kena ikut. Bila Amad buat keputusan untuk berpindah ke Kuantan, itu sudah bukan tanggungjawab saya lagi. Sebagai ibu saya hanya mendoakan agar dia berjaya dengan pilihannya sendiri,” jelasnya. Meskipun Amad kini menetap bersama bapanya, Saerah berkata dia tetap akan membantu menguruskan urusan kerja anaknya itu sekiranya melibatkan komitmen di Kuala Lumpur.
“Kalau ada show di Kuala Lumpur memang saya akan uruskan ambil Amad dan bawa dia pulang semula ke Kuantan. Sepanjang Amad bersama saya, saya akan menguruskannya sampai kontrak habis. Tapi kalau urusan di Kuantan saya memang tidak masuk campur,” katanya. Sebelum ini ketika ditemu bual, Saiful memaklumkan Amad mengambil keputusan untuk meneruskan sesi persekolahan di Kuantan atas persetujuan ibunya, Saerah. Menurut Saiful, buat masa ini dia mahu memberikan ruang kepada Amad untuk menyesuaikan diri dengan suasana sekolah baharu.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.