Tak benarkan buat kerja sepanjang hamil, Fazeera Nazri kongsikan sikap prihatin ibu mertua

Advertisements
Advertisements

Isteri kepada pelakon, Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri berkongsi sikap prihatin ibu mentuanya, Hasnah Jidin yang sentiasa mengambil berat terhadap dirinya sepanjang mereka tinggal sebumbung. Menerusi temu bual bersama sebuah program, Fazeera berkata dia menghargai setiap perkara yang dilakukan oleh ibu mentuanya sepanjang tempoh dia berbadan dua. Klik sini untuk lihat video.

“Dia sangat penyayang. Semasa saya mengandung, dia memang tidak membenarkan saya melakukan sebarang kerja. Dia meminta saya untuk berehat sahaja.” Apa yang lebih menarik, Fazeera mendedahkan ibu mentuanya adalah individu pertama yang dapat menghidu kehadiran cahaya mata dalam kandungannya sebelum diketahui oleh orang lain.

Fazeera turut memuji kesungguhan ibu mentuanya dalam memastikan seleranya terjaga terutama ketika dia berdepan dengan masalah alahan yang teruk. “Orang yang paling awal mengesan saya mengandung adalah mak mentua sendiri kerana dia sangat tahu dan faham tentang simptom-simptom awal kehamilan itu.

Dia akan bertanya saya mahu makan apa. Kalau saya ada alahan terhadap sesuatu makanan, dia akan cuba sedaya upaya untuk memasak hidangan yang saya boleh makan.” Dalam pada itu, Fazeera turut berkongsi caranya untuk mengekalkan hubungan rapat dengan ibu mentuanya adalah memulakan perbualan mengenai topik-topik kecil dalam kehidupan seharian.

“Disebabkan Fizo sering sibuk, saya yang lebih banyak berada di rumah akan cuba mencari persamaan atau minat yang sama supaya kami lebih serasi dan mudah berkomunikasi.” Terdahulu, Fizo pernah berkahwin dengan usahawan Mawar Karim pada 2013 dan mempunyai seorang anak sebelum bercerai pada 2019. Fizo kemudiannya berkahwin dengan Fazeera pada Oktober 2021 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Sumber: Ohbulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *