Pempengaruh media sosial, Marissa Dania, meluahkan rasa penghargaan buat ibunya yang juga pelakon, Abby Abadi, yang disifatkan sebagai seorang insan yang sentiasa bekerja keras serta sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan keluarga. Menerusi satu sesi temu bual bersama Perfume Paradise HQ di TikTok, Marissa berkata pengorbanan ibunya sejak kecil banyak memberi kesan dalam kehidupannya, terutama apabila Abby sentiasa mengutamakan anak-anak walaupun sibuk dengan kerjaya. Klik sini untuk lihat video.

“Mama seorang yang hard working, dan mama akan buat apa-apa sahaja untuk family dan anak-anak. Thank you so much sebab mama selalu buat yang terbaik untuk kita semua. Pengorbanan mama yang paling saya hargai adalah masa kecik-kecik dulu, kalau pergi mana-mana, mama akan bawa kami semua walaupun pergi kerja. Mama yang banyak menjaga kami adik-beradik masa kecik dulu.”
Dalam pada itu, Abby turut menyifatkan Marissa sebagai seorang anak yang hebat selain meluahkan rasa kagum terhadap pencapaian anaknya ketika zaman persekolahan, termasuk ketika mengikuti pengajian tahfiz. “Marissa sebenarnya anak yang sangat-sangat hebat. Masa saya hantar dia ke tahfiz, Marissa boleh tulis balik ayat Al-Quran. Pada saya itu satu benda yang sangat besar. Cumanya, dia tak selesaikan perkara itu, buat saya ralat.
Tapi saya rasa kagum dengan pencapaian dia pada waktu itu.” Dalam masa sama, Abby berpandangan bahawa pengalaman yang dilalui Marissa pada usia muda sedikit sebanyak membentuk dirinya menjadi seorang wanita yang lebih matang dan tabah. “Mungkin orang luar tak tahu, Marissa sebenarnya sangat kuat.
Saya rasa apa yang dia lalui sekarang ni, walaupun dalam usia yang sangat muda, dia kuat dan memberi kematangan pada dia. Dalam usia yang masih muda, ada sesuatu yang berlaku membuatkan dia lebih dewasa. Apa yang berlaku sekarang ni, sebenarnya anak saya sangat baik. Cumanya, kita kena ada kekuatan untuk memberi panduan kepada dia supaya terus bersama mama.”
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.