Tak letakkan harapan terlalu tinggi, Zarina Zainuddin luah rasa gembira bila Azal ada kekasih

Advertisements
Advertisements

PELAKON Zarina Zainuddin tidak meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap hubungan baharu anaknya, Azal, bersama seorang gadis dikenali sebagai Alesya. Zarina, 55, sebaliknya berkata dia sudah cukup gembira melihat Azal atau Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan, 30, kembali ceria sejak mengenali Alesya, 22. “Saya sudah gembira bila Azal tersenyum. Saya tak letak apa-apa harapan yang tinggi kerana sebagai ibu bapa, kami lebih memahami keadaan anak-anak.

Mungkin Alesya adalah bidadari syurga yang Allah SWT temukan untuk Azal di dunia. Kalau sekadar berkawan pun saya bersyukur,” katanya. Dalam pada itu, Zarina memaklumkan dia dan keluarga Alesya sentiasa memantau hubungan kedua-dua mereka agar tidak melangkaui batas. Katanya, sebagai ibu bapa, mereka memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak itu sentiasa berada dalam keadaan terkawal.

“Saya gembira bila Azal dan Alesya gembira, tapi anak syurga ini kita tak dapat jangka sejauh mana hubungan itu akan pergi. Apa yang pasti, semuanya masih di bawah pemantauan ibu bapa. Menurut Zarina, biarpun hubungan Azal dan Alesya mula mendapat perhatian ramai, dia memilih untuk menghormati privasi keluarga gadis berkenaan.

“Saya kalau boleh tak nak terlalu berkongsi sebab takut mengganggu privasi keluarga mereka. Tapi bila mereka berjumpa, ada saja momen-momen kelakar yang mencuit hati,” ujarnya. Dalam hidup ini mesti ada batas, tak boleh berlebihan. Ibu bapa yang kena kawal emosi mereka kerana mereka melihat dunia ini dengan hati yang sangat indah dan menganggap semuanya baik. “Kita doakan mereka bahagia walaupun hanya dengan saling berpandangan dan tersenyum,” luahnya.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.