Isteri kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida berkongsi sisi kehidupan rumah tangga mereka yang kini sudah mencecah usia 19 tahun. Menerusi perkongsian di Threads, Shahida mengakui hubungannya dengan Aliff juga tidak terlepas daripada perselisihan faham sehingga ada ketikanya mereka memilih untuk tidak bertegur sapa. Klik sini untuk lihat video.

“Kami kalau bergaduh memang tak bercakap. Mata itu kalau jeling boleh terkeluar biji mata, punya menyampah tengok muka. Tapi kalau tengah berbaik, kalah pasangan muda bercinta,” katanya dengan nada seloroh. Menurut Shahida, situasi tersebut merupakan lumrah kehidupan berumah tangga yang dilalui mereka sepanjang hampir dua dekad bersama.
“Itulah asam garam dalam perkahwinan. Pejam celik, pejam celik dah 19 tahun usia perkahwinan Mama dengan Papa. Senang cakap, Mama inilah yang sanggup terima Papa seadanya,” selorohnya. Untuk rekod, Shahida dan Aliff mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.
Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.