TEKA-TEKI tarikh hari bahagia penyanyi dan pelakon Bella Astillah bersama tunangnya iaitu Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya terjawab. Muncul sebagai tetamu dalam rancangan Meletop pada malam Selesa, pesangan ini mengumumkan mereka bakal bernikah pada 10 Oktober depan. “Saya dengan Bella Astillah nak buat pengumuman…,” ujar Syed Saddiq.
Pengumuman tarikh tersebut disampaikan menerusi satu paparan video yang tertera 10 Oktober 2026. Berita gembira itu disambut dengan sorakan gemuruh peminat mereka yang hadir ke studio ketika rancangan tersebut bersiaran. Turut hadir menyaksikan pengumuman itu adalah ibu bapa pasangan berkenaan serta ahli keluarga terdekat. Syed Saddiq juga berkongsi majlis pernikahan mereka akan bertemakan warna putih dan konsep Arab.
Pengumuman tersebut sekali gus menamatkan spekulasi dan pertanyaan ramai yang ternanti-nanti majlis pernikahan pasangan ini. Untuk rekod, Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, dan Syed Saddiq, 34, mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu. Bella sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan penyanyi Aliff Aziz pada September 2016.
Mereka berpisah pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dan akhirnya berpisah kali kedua pada 13 Jun 2024. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden,9, dan Ara, 6 tahun.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.