Siap nak beritahu cikgu sekolah, Bella Astillah dedah anak gembira bila tahu ibunya bakal mendirikan rumahtangga

Advertisements
Advertisements

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah berkongsi keterujaan dua anaknya, Ayden dan Ara selepas mengetahui ibunya bakal mendirikan rumah tangga bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Menurut Bella, kedua-dua anaknya sangat gembira dan tidak sabar menantikan majlis pernikahan tersebut, malah Ayden sudah teruja mahu berkongsi berita berkenaan dengan gurunya.

“Mereka sangat gembira dan memang ‘look forward’ untuk majlis ini. Ayden siap tanya, ‘Mommy, boleh ke beritahu teacher?’. Saya kata, ‘No, not yet’,” katanya sambil ketawa. Dalam masa sama, Bella meluahkan rasa syukur apabila perancangan perkahwinan mereka mendapat restu serta sokongan penuh daripada kedua-dua belah keluarga. “Untuk kita mengendalikan perkahwinan ini, restu orang tua jauh lebih penting.

Alhamdulillah, keluarga kedua-dua belah pihak beri restu. Semuanya gembira, semua menyokong dan saya sangat bersyukur. Ini kebahagiaan bersama,” ujarnya. Terdahulu, Bella dan Syed Saddiq mengumumkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada 10 Oktober depan dalam majlis yang dirancang berlangsung di Menara Merdeka Maybank, Kuala Lumpur.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.